http://www.uthm.edu.my
       
       
 
     
MENU
 
 
Latarbelakang
 
   
   
   
   
   
   
   
 
Hubungi:
 

Ketua
Unit Audit Dalam
Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia

Tel: 607- 453 7860/7864

Fax : 607 - 453 6936
e-Mel : aud@uthm.edu.my


 

 


:: PENGENALAN ::


Unit Audit Dalam telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti pada 16 Mei 2001. Unit ini mula dianggotai pada 01 Ogos 2001 yang bertindak menjalankan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti-aktiviti atau program dan operasi di UTHM. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada Rektor dan Jawatankuasa Audit.

Bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti UTHM, Jawatankuasa Audit telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2001 seperti diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Fungsi Jawatankuasa Audit di antara lain termasuk mengkaji rancangan aktiviti audit dalam serta laporan audit dalam dan luar. Selain itu ianya juga memperakukan tindakan-tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.

 
 

 

:: MISI ::

Misi Unit Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan Universiti meningkatkan akauntabiliti serta kawalan pengurusan risiko yang melibatkan kewangan, organisasi, operasi serta pematuhan undang-undang dan peraturan melalui penyemakan dan penilaian keberkesanan kawalan kewangan dan pengurusan serta mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan dan pembetulan jika perlu.

:: MOTO ::

ADIL dalam penilaian dan syor bagi membina kesepakatan ke arah mempertingkatkan tahap kecekapan, keberkesanan aktiviti dan operasi organisasi.

TEGAS dalam mempertahankan prinsip, peraturan, undang-undang dan apa jua ketetapan Universiti bagi menjamin kecemerlangan pengurusan sumber manusia, kewangan, aset dan perjalanan operasi organisasi.