April 2007

 

 

Pejabat Canselori Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diluluskan penubuhannya melalui Jawatankuasa Eksekutif yang bersidang pada 18 April 2002.

Pejabat Canselori bertanggungjawab ke atas pengawasan am semua peraturan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti.

Pejabat Canselori juga boleh menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang diberi kepadanya oleh Perlembagaan, Statut, Akta, Kaedah dan Peraturan.

Pentadbiran Pejabat Canselori diterajui oleh Timbalan Pendaftar dan setiap unit diketuai oleh Penolong Pendaftar atau Penolong Pegawai Tadbir dengan dibantu oleh staf sokongan.