Selamat Datang ke Laman Web Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek). Fakulti Pendidikan Teknikal merupakan antara 6 buah fakulti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang diiktiraf sebagai pusat ilmu berfokuskan pendidikan teknik dan vokasional. FPtek turut beroleh kepercayaan sebagai agen pelaksana program khas pendidikan dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia. Kepakaran ahli akademik FPTek turut diiktiraf di peringkat global melalui bidang penyelidikan dan pengajaran. Pihak kami mengalu-alukan para pelawat untuk terus melayari setiap pautan di laman web Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk mendapatkan lebih informasi. Sebarang kesulitan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami.
|