utama
Info FPTek
Jabatan
Program
Penyelidikan
ACTiVE
Staf
Fasiliti
Pautan
Hubungi Kami
 
 
 
Tarikh :
UTHM
 
Makmal JPK
Makmal Jabatan Pendidikan Kejuruteraan disediakan untuk pelbagai tujuan pengajaran dan pembelajaran bidang kejuruteraan. Ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam kemahiran hands-on teknikal.
Makmal Teknologi Elektrik


Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk pengajaran teknologi elektrik. Di antara peralatan yang ada di makmal ini adalah 6 blok wiring bay, wiring tool sets, multimeter, cordless drill, bench drill, electrical motor control trainer, auto star-delta starter, dol starter, auto transformer starter, electrical trainer AC & DC Set, Dismountable AC & DC machine set dan portable power supply 0-30V AC/DC.

Untuk maklumat lanjut:
En. Suhaimi bin Mohamad
( Ketua Makmal ) / En. Mohamad Rafii bin Rahhim (Juruteknik )

Makmal Teknologi Penyaman Udara
Makmal ini merupakan di antara makmal fakulti yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Makmal ini mempunyai kelengkapan seperti air compressor, whell cutter, wheel grinder, alat pembelajaran penyamanan udara dan penyejukan, sistem ducting, sistem pengajaran penyamanan udara kereta dan pelbagai peralatan/alat tangan bagi kerja-kerja penyaman dan penyejukan udara.
Untuk maklumat lanjut
En. Jamil bin Mohd Salleh ( Ketua Makmal ) / En. Khairul Fahmi bin Hj. Ali (Juruteknik )
Makmal Teknologi Industri
Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan teknologi kimpalan seperti mesin kimpalan ARC dan TIG, plasma cutting, MIG welding, grinding machine dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut:
Tn. Hj. Samsudin bin Husin ( Ketua Makmal ) / En. Mohd. Idrus bin Abdul Samad ( Juruteknik )
Makmal AutoCAD
 
Makmal ini merupakan makmal yang digunakan untuk kegunaan lukisan berbantukan komputer. Makmal ini dilengkapi dengan 30 unit komputer yang dilengkapi dengan pelbagai perisian seperti AutoCAD, AutoCAD Mechanical, 3D StudioMax, C++ Compiler, dan perisian FEA ALGOR. Makmal ini juga dilengkapi dengan pencetak laser, LCD Projector, dan juga plotter yang dapat membuat pencetakan yang bersaiz besar.
Untuk maklumat lanjut:
En. Atan bin Hj. Hussein ( Ketua Makmal ) / En. Salihudin bin Abd. Razak ( Juruteknik )
Makmal Grafik Kejuruteraan
 
Makmal ini digunakan untuk lukisan kejuruteraan secara manual. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan seperti honey comb board, drawing magnetic board, parallel ruler, gas lift chair dan sliding cutter untuk kegunaan pelajar. Untuk pengajaran juga makmal ini dilengkapi dengan OHP, komputer dan projector LCD.
Untuk maklumat lanjut:
Pn. Anizam binti Mohamed ( Ketua Makmal ) / En. Mohd Haizat bin Bahari ( Juruteknik )
Makmal Rekabentuk Industri  
Makmal ini merupakan makmal yang lengkap dengan pelbagai peralatan automasi seperti hydraulic kit, pneumatic tutor kit, electro-pneumatic tutor kit, hydraulic power pack, compressor dan robotic arm..
Untuk maklumat lanjut:
En. Saiful Hadi bin Masran ( Ketua Makmal ) / Pn. Zanariah binti Ahmad ( Juruteknik )
Makmal Elektronik Digital
 
Makmal ini dilengkapi pelbagai peralatan untuk pembelajaran konsep elektronik digital. Makmal ini lengkap dengan electricity trainer, digital electric trainer, electronic trainer, analog trainer, industrial electronic lab, logic trainer, electronic trainer, digital osciloscope, digital storage OSC, digital signalling processing system, Micro Controller Trainer, Digital Multimeter, Analog Multimeter, Signal Analyser, Soldering/Desoldering station, AC/DC meter dan pelbagai alat yang lain untuk kegunaan pelajar.
Untuk maklumat lanjut:
Pn. Azmanirah binti Ab. Rahman ( Ketua Makmal ) / Pn. Johanisah binti Afandi ( Juruteknik )
Makmal Ukur & Kaji Daya Tanah
 
Makmal ini mempunyai pelbagai peralatan yang digunakan untuk ukur dan kaji daya tanah bagi kegunaan pelajar.
Untuk maklumat lanjut:
Pn. Marina binti Ibrahim Mukhtar ( Ketua Makmal ) / En. Mohd Razali bin Mohd Muksin ( Juruteknik )
 
.
 

© Disediakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim