Pengenalan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Memang menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk membantu dan saling melengkapi program akademik bagi membina mahasiswa yang cemerlang dan bersahsiah mulia.
Bagi menyokong proses pembelajaran yang efektif serta persekitaran yang kondusif, Pejabat ini merancang untuk meningkatkan prasarana yang perlu secara berterusan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Di samping itu, Pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah menjadi teras untuk membina jati diri, sahsiah murni dan ketrampilan diri yang sempurna sebagai individu yang produktif serta mempunyai kepekaan sosial.
Pejabat ini mempunyai beberapa unit untuk mengendalikan pelbagai program, memberi khidmat nasihat serta menyokong pentadbiran universiti, seperti berikut :-
- Unit Pentadbiran dan Kewangan
- Unit Bantuan Kewangan Mahasiswa
- Unit Tatatertib Mahasiswa
- Unit Latihan dan Aktiviti Mahasiswa
- Unit Perumahan
- Unit Kebajikan dan Tugas-Tugas Khas

