PEMILIHAN JAWATANKUASA KOLEJ
KEDIAMAN SESI 2009/2010
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TANGGUNGJAWAB
PENGUNDI
Semua pelajar yang namanya terdapat dalam senarai
daftar pengundi adalah berkewajipan
untuk hadir mengundi bagi jawatan yang dipertandingkan.
PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN MOHD. KASSIM
Timbalan Naib Canselor
(HEP & Alumni) Selaku
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2009/2010
PEMILIHAN JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010
Dengan pengisytiharan Notis Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman, maka dengan ini
Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2008/2009 adalah terbubar.
Dengan ini dimaklumkan bahawa Pemilihan Jawatankuasa
Kolej Kediaman untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro Kolej
Kediaman bagi Sesi 2009/2010 akan diadakan pada
1 April 2009 di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia seperti maklumat berikut:
1.
PENAMAAN CALON
Hari
Penamaan calon bagi Ahli
Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua
Biro
akan diadakan pada masa berikut :
Tarikh : 26 Mac 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Masa
Bantahan: 11.00
pagi hingga 12.00 t/hari
Masa Rayuan :
:12.00 t/hari hingga 1.00 petang
i.
Tempat
Penghuni
Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
Dewan Aktiviti KKTDI
ii. Penghuni Kolej Kediaman Tun
Fatimah Dewan Aktiviti KKTF
iii.Penghuni Kolej Kediaman Tun Syed
Nasir Ruang Kafeteria KKTSN
iv. Penghuni Kolej Kediaman Perwira Dataran KKP
v. Penghuni Kolej Kediaman Melewar Hadapan Pejabat KKM
vi. Pelajar Tanpa Asrama Lobi HEP
2.
SYARAT-SYARAT BERTANDING
2.1
Calon hanya boleh bertanding secara individu sahaja
dan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan.
2.2 Calon
hanya boleh dicadangkan bagi satu jawatan sahaja
samada mana-mana satu jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau Ketua
Biro.
2.3 Calon,
Pencadang dan Penyokongnya hendaklah membawa kad pengenalan atau kad matrik
pada masa Penamaan Calon.
2.4 Semua
Calon boleh mendapatkan Borang Penamaan Calon dari mana-mana Pejabat Kolej Kediaman mulai 20 Mac 2009.
2.5 Calon tidak dibenarkan menarik diri
daripada bertanding selepas jam 11.00 pagi, 26 Mac 2009
.
3.
JAWATAN
YANG DIPERTANDINGKAN
3.1 Ahli Majlis Tertinggi
3.1.1 Pengerusi
3.1.2 Timb. Pengerusi
3.1.3 Setiausaha
3.1.4 Bendahari
3.2 Ketua-Ketua Biro
3.2.1 Ketua Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam
3.2.2 Ketua Biro Keusahawanan
3.2.3 Ketua Biro Informasi dan Penerbitan
3.2.4 Ketua Biro Akademik dan Intelektual
3.2.5 Ketua Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan
3.2.6 Ketua Biro Kerohanian dan Etika
4.
KELAYAKAN SEBAGAI CALON
4.1
Pelajar yang layak menjadi calon ialah pelajar
UTHM yang berdaftar dan tergolong
di bawah kategori berikut:
(a)
Pelajar yang telah menduduki peperiksaan akhir di UTHM dan mempunyai CPA minima 2.60.
(b)
Pelajar yang bebas daripada sebarang prosiding dan hukuman tatatertib kecuali kesalahan lalulintas.
(c)
Pelajar yang tidak berada di tahun akhir
pengajian. (sesi 2009/2010)
(d)
Pelajar Warganegara
5.
DAFTAR CALON
5.1 Senarai daftar calon
akan dipamerkan di papan kenyataan di
lokasi penamaan calon mulai jam
11.00 pagi, 26 Mac 2009 bagi
semua jawatan yang dipertandingkan.
5.2 Calon
yang borang penamaannya ditolak oleh Pegawai Pemilihan
adalah berhak untuk membuat rayuan dengan membuat permohonan secara bertulis
kepada Jawatankuasa Rayuan melalui Pengetua Kolej Kediaman masing-masing tidak lewat
dari jam 1.00 petang, 26 Mac 2009.
5.3
Calon yang layak bertanding akan dipamerkan selepas
tempoh rayuan.
6.
BANTAHAN
Calon/wakil boleh membuat bantahan terhadap
mana-mana calon lain yang
bertanding mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 t/hari
pada 26 Mac 2009 dengan mengemukakan borang bantahan kepada Pegawai Pemilihan.
7. TAKLIMAT KEPADA
CALON DAN WAKIL
Taklimat
kepada semua calon dan wakilnya akan diadakan oleh Urusetia Pemilihan pada jam 3.00 petang,
26 Mac 2009 bertempat
di Dewan Aktiviti KKTDI, UTHM.
8.
KELAYAKAN PENGUNDI
8.1 Pelajar yang menghuni di kolej
kediaman layak mengundi di kolej kediaman masing-masing sahaja.
8.2 Pelajar Tanpa Asrama hanya layak
mengundi untuk calon-calon Pelajar Tanpa Asrama sahaja.
8.3 Pelajar
hendaklah membawa kad matrik atau kad pengenalan sewaktu datang mengundi
8.4 Semua
pelajar dikehendaki menyemak daftar pengundi di pejabat
kolej kediaman masing-masing bermula 18 Mac 2009.
9. PERATURAN MENGUNDI
Peraturan
berikut hendaklah dipatuhi semasa mengundi:
9.1 Jawatan Ahli Majlis
Tertinggi
DIWAJIBKAN menanda
pangkah (X) bagi EMPAT (4) calon Ahli Majlis Tertinggi sahaja.
9.2 Jawatan Ketua-Ketua Biro
DIWAJIBKAN menanda
pangkah (X) bagi ENAM (6) calon Ketua-Ketua Biro sahaja.
10.
PIDATO UMUM DAN KEMPEN
10.1 Calon dibenarkan mengadakan
pidato umum untuk dirinya mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana
Pemilihan.
10.2 Pidato
umum dibenarkan hanya pada tempat tertentu dan permohonan untuk mengadakan
pidato perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pelaksana Pemilihan
10.3 Sebarang ucapan, tulisan atau lakaran dalam
apa juga bentuk yang menyentuh isu sensitif dan subversif kepada
mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali.
10.4Semua
poster calon, kertas biodata dan manifesto calon akan dicetak di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing . Calon dilarang menggunakan khidmat percetakan
luar.
10.5Pidato umum dan kempen yang
dibenarkan boleh diadakan seperti berikut:
Tarikh Masa
26 Mac 2009 5.00 petang hingga 12.00 malam
27 -31 Mac 2009 9.00
pagi hingga 12.00 malam
10.6Kawasan berpidato adalah terhad di kawasan kolej kediaman UTHM termasuk kawasan kawasan yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan.
11.
HARI MENGUNDI
Tarikh : 1 April 2009
Masa : Mulai
jam 9.00 pagi 4.30 petang
Tempat : i) Semua Kolej-Kolej Kediaman UTHM
ii)
Makmal Komputer PTM 1 (Dalam Kampus)- PTA
iii) Makmal
Komputer PTM Kampus Bandar
12.
PENGIRAAN
UNDI
Tarikh : 1 April 2009
Masa : Selepas
jam 4.30 petang
i.
Tempat
Kolej Kediaman Tun Dr Ismail Dewan Aktiviti KKTDI
ii.
Kolej Kediaman Tun Fatimah Dewan Aktiviti KKTF
iii.Kolej Kediaman Tun Syed Nasir
Ruang Kafeteria KKTSN
iv.
Kolej Kediaman Perwira Makmal Komputer KKP
v.
Kolej Kediaman Melewar Hadapan Pejabat KKM
vi.
Pelajar Tanpa Asrama Makmal Komputer PTM 1(Dalam
Kampus)
13. KEPUTUSAN PEMILIHAN
13.1Pengumuman
calon yang berjaya dalam pemilihan akan dibuat sebaik sahaja pengiraan undi dan
keputusan disahkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana Pemilihan.
13.2Calon,
Pencadang dan Penyokong dikehendaki hadir semasa pengumuman keputusan Pilihanraya.
14.
BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN UNDI
14.1 Sebarang
bantahan terhadap keputusan undi yang diumumkan hendaklah disampaikan kepada
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan.
14.2 Keputusan
mengenai bantahan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Rayuan
dan keputusannya adalah muktamad.
15. TEMPOH JAWATAN
Tempoh
perkhidmatan ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Biro adalah selama satu tahun atau
sehingga pemilihan diadakan semula.
16. PEGAWAI PEMILIHAN
16.1 Jawatankuasa Induk Pemilihan terdiri daripada :
Pengerusi :
Timbalan
Naib Canselor HEPA
Timb.
Pengerusi :
Pengerusi
Majlis Pengetua
Setiausaha
:
Penolong Pendaftar Kanan Unit
Perumahan
Ahli
:
Semua
Pengetua Kolej Kediaman: Timb. Pendaftar HEP:
Pengurus Pusat Teknologi Maklumat dan:
Penolong Pendaftar Unit Perundangan
16.2 Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan terdiri daripada
:
Pengerusi :
Semua Pengetua Kolej-Kolej
Kediaman
Setiausaha :
Semua
Penolong Pengurus Asrama Kolej-Kolej Kediaman
Urusetia :
Timb.
Pengetua, Felo-felo kolej kediaman dengan kerjasama Unit Pentadbiran Kolej-kolej Kediaman
16.3Jawatankuasa Rayuan :
Pengerusi :
Ketua
Juruaudit Dalam
Setiausaha
:
Penolong Pendaftar Unit
Tatatertib Pelajar
Ahli
: Penolong Pendaftar Pejabat TNC HEPA dan : Penolong Pendaftar Unit
Perundangan
17. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan di Pejabat
Kolej-Kolej
kediaman dan PTA.