
PENGENALAN
Pengurusan Asrama ketika Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada 16 September 1993 ketika
itu dikenali sebagai Kolej Kediaman dengan kapasiti 500 orang. Nama Kolej
Kediaman (ITTHO) tahun 1996 telah ditukar kepada Desasiswa dan kapasiti pada
tahun 2000, 3200 orang dimana hanya 700 orang disediakan kemudahan asrama dan
2500 merupakan pelajar tanpa asrama. Pada tahun 2002, Pejabat Desasiswa
(KUiTTHO) telah mewujudkan jawatan 2 felo Pelajar Tanpa Asrama (PTA). Melalui
Pekeliling Pengurusan Bil.28 / 2003 bertarikh 13 Mei 2003, struktur penyusunan
semula organisasi Desasiswa iaitu Desasiswa Pangsapuri, Dalam Kampus, Taman
Melewar dan Pelajar Tanpa Asrama. Nama KUiTTHO mulai 1 Februari 2007 telah
dinaik taraf kepada Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pada sesi 2009 / 2010, enrolmen pelajar PTA sehingga Dis 2009
berjumlah lebih kurang 2400 orang pelajar. Penempatan pelajar PTA adalah
disekitar kawasan perumahan berhampiran Kampus dan Taman-Taman yang terdapat di
kawasan Parit Raja (lingkungan 10 km). Bilangan felo PTA sehingga kini
berjumlah 7 felo. Mulai Julai 2009, PTA diberi tanggungjawab menyelia kediaman
di Rumah Kedai di Taman Kelisa.
|
Pejabat Pelajar Tanpa Asrama, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Beg
Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
(Universiti) Tel : 607-4537000, Fax : 607-4532337
(Pejabat) Tel : 607-4536250, Fax : 607-4536249
|