PAUTAN
LUAR
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Laman UTHM
Pusat Islam UTHM
Jadual Waktu Solat SeMalaysia

 

Anda merupakan pengunjung ke:
 

Untuk kemudahan membaca fail format PDF, klik ikon Adobe Reader untuk memuat turun perisian berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TASKAPENGENALAN

Pusat Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak UTHM atau lebih dikenali sebagai ‘TASKA’ telah mula beroperasi dengan rasminya pada 3 September 2001. Tujuan TASKA ini dibuka adalah untuk memberi kemudahan kepada para staf dan pelajar UTHM mendapatkan khidmat penjagaan kanak-kanak yang masih belum bersekolah. Penjagaan, peraturan dan pemakanan yang teratur sentiasa dititik beratkan disamping yuran perkhidmatan yang berpatutan. Di samping itu, kadar bilangan pengasuh juga seimbang dengan jumlah kanak-kanak berdasarkan saranan Jabatan Kebajikan Masyarakat. TASKA UTHM telah diperakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

OBJEKTIF

Umur dibawah 6 tahun merupakan satu peringkat umur yang penting dalam proses perkembangan mental kanak-kanak. PenumpuanKanak-kanak bersama pengasuh masing-masing yang serius dan total harus diberikan supaya kanak-kanak generasi yang akan datang tidak terdedah kepada elemen-elemen yang kurang sihat. Kanak-kanak dibawah umur ini perlu dirangsang secara positif dengan menerapkan nilai-nilai murni disamping membezakan antara perkara-perkara yang baik atau sebaliknya.

Sepeninggalan ibu bapa ke tempat kerja, pengasuh TASKA akan memberikan khidmat penjagaan dengan penuh kasih sayang, tunjuk ajar dan sokongan untuk menjamin pertumbuhan fizikal dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang.

PERATURAN DI TASKA

  1. Sila serahkan borang pendaftaran bersama salinan sijil kelahiran dan yuran pendaftaran.

  2. Yuran pendaftaran bulanan dan bayaran tambahan hendaklah dijelaskan pada minggu pertama secara tunai.

  3. DILARANG menghantar kanak-kanak ke TASKA apabila menghidapi penyakit berjangkit.

  4. DILARANG membawa dan memakai barang kemas bagi mengelakkan kehilangan atau kecederaan.

  5. DILARANG membawa sebarang permainan keluar dari TASKA.

  6. Notis 1 BULAN perlu dimajukan sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan penjagaan di TASKA.

  7. Keperluan harian seperti tuala mandi, berus gigi, syampu, bedak, susu dan bijirin haruslah disediakan oleh ibu bapa/ penjaga.

  8. Ibu bapa/ penjaga haruslah bekerjasama dengan pihak TASKA apabila diperlukan dari masa ke semasa.

  9. Pakaian kanak-kanak semasa mengikuti program TASKA adalah tertakluk kepada etika pakaian yang bersesuaian, kemas dan selesa.

YURAN

YURAN PENDAFTARAN : RM 30.00

YURAN PERKHIDMATAN:

WAKTU OPERASI TASKA:

LOKASI TASKA .

Berhadapan Pejabat Pengurusan Harta Bina. Ianya satu bangunan banglo yang berkongsi dengan Unit Arkitek PPHB.

MUAT TURUN BORANG DAN PAMPLET

  1. Format PDF (Borang dan Pamplet)
  2. Format Words (Borang dan Pamplet)
  • Borang yang sudah diisi hendaklah diserahkan ke Pejabat Am Pusat Islam bersama salinan dokumen yang diperlukan.
  • Borang juga boleh didapati di Pejabat Am TASKA dan Pejabat Am Pusat Islam

HUBUNGI KAMI:

PUSAT ASUHAN (TASKA UTHM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Beg Berkunci 101, Parit Raja 86400
Batu Pahat, Johor.

Telefon:-

  • 07-4537494 (Pejabat Am Pusat Islam)
  • 07-4537492 (Setiausaha TASKA)
  • 07-4537466 (Pejabat Am TASKA)

E-mel: zurin@uthm.edu.my

KEMBALI

© Disediakan oleh Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim