PENGENALAN
Pusat Islam telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia bertugas bagi menguruskan pungutan dan agihan zakat di UTHM. Tanggungjawab dan amanah yang dipikul ini berdasarkan Memorandum Perjanjian Pengurusan Pungutan zakat yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kewajipan membayar zakat pendapatan.
PENGURUSAN ZAKAT : JAWATANKUASA TERLIBAT
- Jawatankuasa Pengurusan Zakat UTHM
Jawatankuasa Pengurusan Zakat diwujudkan berdasarkan dalam Memorandum Perjanjian Pengurusan Zakat yang dianggotai oleh:
Timbalan Naib Canselor : Pengerusi
Ketua Pusat Islam : Setiausaha
Ahli
- Pendaftar
- Bendahari
- Timbalan Pendaftar (Hal –Ehwal Pelajar)
- 2 orang Pegawai MAINJ
- Pegawai Hal Ehwal Islam UTHM
- Pen. Pegawai Tadbir Pusat Islam UTHM
2. Jawatankuasa Bantuan Zakat UTHM
Jawatankuasa Bantuan Zakat UTHM dilantik bagi melaksanakan mesyuarat mengenai permohonan bantuan yang diterima daripada pelajar berbentuk :
- Skim Sara Hidup Pelajar
- Skim Peningkatan Sahsiah Pelajar
C) Unit Pengurusan Zakat
Unit Pengurusan Zakat diletakkan di bawah Unit Pentadbiran & Kewangan, Pengurusan Masjid dan Program Bersekutu. Terdiri daripada 2 orang pegawai iaitu Penolong Pegawai Penaksir dan Pembantu Hal Ehwal Islam. Unit ini bertanggungjawab memastikan pengurusan zakat berjalan dengan lebih baik . Unit ini juga bertanggungjawab mengadakan temuduga dan penapisan asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.
Buat masa sekarang, para penerima zakat hanya dapat menerima bantuan makanan percuma melalui sistem kupon dan mereka akan ditemubual semula setiap semester baru bermula.
3) KADAR DIPEROLEHI DARIPADA MAINJ
- 1/16 daripada pungutan Zakat Pendapatan MAINJ
- 3.2 50% daripada bahagian Fisabilillah
4) SENARAI PENERIMA BANTUAN KUPON MAKANAN
- Rosmaya Bt. Mohd Yahya - FTMM
- Him Ramsy - FKMP
- Janifal Bin Alipal - FKEE
- Denni Sutrisman Bin Japri - FPT
- Abdullah Bin Suhaimin - FPtek
- Sharifah Norliza Bt Wan Mohd - FKMP
IMEJ GALERI KETIKA TEMURAMAH DIJALANKAN BAGI MENGENALPASTI ASNAF-ASNAF YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT.
PERATURAN PENERIMA ZAKAT
- Penerima bantuan hendaklah mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.
- Penerima bantuan dilarang melakukan aktiviti maksiat di dalam mahupun luar kampus UTHM.
- Penerima bantuan hendaklah memaklumkan status sara hidup jika menerima bantuan dari pihak lain.
- Penerima bantuan hendaklah memaklumkan kenaikan taraf hidup keluarga kepada Pusat Islam (jika berlaku).
- Buku Kupon TIDAK BOLEH diberikan kepada orang lain.
- Hanya makanan tertakluk kepada kelulusan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Pusat Islam dan pengurusan zakat.
- Buku Kupon hendaklah diserahkan kepada Pusat Islam setiap bulan untuk diaudit.
- Ketidak patuhan terhadap peraturan ini boleh menyebabkan Buku Kupon ini ditarik balik.
SEBARANG PERTANYAAN
Sila hubungi:
En. Zainudin Samidun,
Pejabat Am Pusat Islam,
Beg Berkunci 101, Parit Raja,
86400 Batu Pahat, Johor.
Telefon: 07-4537649 (ext-7649)
E-mail: zanudin@uthm.edu.my
Maklumat tambahan, sila layari:-
http://www.maij.gov.my/utama.htm
KEMBALI