<
 

 

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:-

 

 

Pejabat Pusat Islam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Tel : 607- 453 7494
Fax : 607 - 453 6549

E-mail:pi@uthm.edu.my

Kemaskini Akhir:

14-November-2008

 

Anda merupakan pengunjung ke:
 

 

Ingin membuat pengiraan zakat???
Sila klik sini.

 

 

Ingin mengenali Masjid UTHM secara realiti maya?

Sila klik di sini.

MAsjid Jamek KUiTTHO

 

 

 

SEJARAH PUSAT ISLAM

MAsjid Jamek KUiTTHO

Pusat Islam UTHM merupakan satu Pusat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam. Berdiri selaras dengan konsep misi universiti iaitu "Bertunjangkan konsep tauhid", Pusat Islam UTHM membantu pihak pengurusan universiti di dalam melahirkan teknokrat yang mempunyai asas dan pegangan agama yang kukuh.

Dari sebuah unit kecil ( Unit Kerohanian ) di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar, kini ianya berkembang menjadi satu Pusat yang disegani di UTHM ini. Idea penubuhannya diilhamkan oleh Allahyarham Tn. Hj. Hasbullah Bushro b. Kasban yang merupakan ketua Unit Kerohanian ketika itu.

Masjid UTHM (ketika itu dikenali sebagai Surau Politeknik Batu Pahat) dalam pembinaan (1986).Sebelum penubuhan Pusat Islam, Masjid Jamik KUiTTHO telah dinaik taraf dari sebuah surau kepada Masjid Jamek pada tahun 2000. Di zaman awalnya, Masjid KUiTTHO diletakkan dibawah kelolaan Allahyarham Tn. Hj. Hasbullah Bushro b. Kasban, Ketua Unit Kerohanian, Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Kakitangan masjid ini hanyalah 3 orang iaitu seorang Imam dan seorang Noja selain dibantu oleh beberapa orang pelajar. WalaupPejabat Am Pusat Islamun kekurangan fasiliti dan kakitangan, Masjid KUiTTHO masih dapat memberikan khidmatnya dengan baik kepada warga kampus. Apabila Pusat Islam ditubuhkan, maka pentadbiran Masjid ini diletakkan terus dibawah pentadbiran Pusat Islam.

Pusat Islam secara rasminya ditubuhkan pada awal tahun 2001 dan menggunakan sebahagian dari Masjid KUiTTHO sebagai pejabatnya. Selaras dengan pertambahan beban kerja dan tanggung jawab, Pejabat Am Pusat Islam telah dipindahkan ke bangunan HEP pada tahun 2003 dan kekal di sana sehingga hari ini.

Pada 1 Februari 2007, Pusat Islam KUiTTHO telah bertukar nama kepada Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaras dengan pertukaran nama KUiTTHO kepada UTHM.

Masjid UTHM (sebelum ini dikenali sebagai Surau ITTHO) dalam tahun 1998 (tanpa pejabat imam/bilal, dapur dan tempat wuduk)Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK- 9), rancangan pembangunan Pusat Islam dan Masjid Jamek UTHM termasuk di dalam rancangan pembangunan infrastruktur universiti iaitu pembangunan Kompleks Pusat Islam dan Masjid baru yang menelan belanja kira-kira RM 25,953,456 juta dan dijangkakan siap pada tahun 2010 (bermula dari 9 hb Oktober 2008 sehingga 21 April 2010). Ianya bakal dilengkapkan dengan Dewan Solat yang memuatkan kapasiti jemaah kira-kira 3 ribu orang, Pejabat Pentadbiran, Dewan Seminar dan lain-lain kemudahan.

Ilustrasi Kompleks Pusat Islam dan Masjid Baru UTHM Ilustrasi Kompleks Pusat Islam dan Masjid Baru UTHM Majlis Pecah Tanah Tapak Kompleks Pusat Islam dan Masjid

 

MOTTO
PUSAT ISLAM

Taqwa Membentuk Kecemerlangan Ummah

VISI

Berazam merealisasi dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup untuk kesejahteraan sejagat

MISI

Mendidik dan memimpin masyarakat agar bertaqwa dan berakhlak mulia untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui penyebaran, penghayatan dan pengukuhan ilmu, iman serta amal soleh berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

OBJEKTIF

MAjlis Khatam Al-Quran

  • Menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.

  • Menganjurkan kursus dan latihan untuk membina sahsiah pelajar, staf dan masyarakat.

  • Menganjurkan program bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah di kalangan warga UTHM dan masyarakat.

  • Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarah masjid dan surau-surau Desasiswa.

  • Menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat.

  • Mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan peringkat universiti dan program-program sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan khairat kematian warga universiti.

  • Menerbitkan bahan-bahan ilmiah berkala dan mengurus Pusat Sumber.

    Imam Masjid KUiTTHO sedang mengajar Al-Quran

OBJEKTIF KUALITI.

  • Menjalankan program kursus pemantapan kerohanian di kalangan staf sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun.
  • Menjalankan program pemantapan kerohanian dikalangan pelajar sekurang-kurangnya enam (6) kali Kem Kecemerlangan Pelajardalam setahun.
  • Menjalankan program pemantapan kerohanian kepada masyarakat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun.
  • Menjalankan aktiviti penyebaran dakwah Islamiah melalui kuliah keagamaan kepada pelajar, staf dan masyarakat luar sekurang-kurangnya 150 jam sepanjang semester pengajian.

 


.
 

 

 

© Disediakan oleh Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim