Pejabat Penerbit
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penerbitan Jurnal (maklumat lanjut)

Pejabat Penerbit UTHM menerbitkan
4 buah siri jurnal iaitu:

Jurnal Kejuruteraan
Jurnal Sains & Teknologi
Jurnal Sains Sosial
Jurnal Pendidikan Teknikal & Latihan
   
Keempat-empat jurnal ini diterbitkan 2 kali setahun. Ia terbuka kepada artikel-artikel yang dihasilkan sama ada oleh ahli akademik UTHM mahupun dari institusi luar
 
   
Panduan Penyerahan Manuskrip
Artikel yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal, prosiding atau seumpamanya. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini
Sumbangan untuk tujuan penerbitan boleh dikemukakan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam bidang Kejuruteraan, Sains, Pengurusan, Pendidikan, Bahasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, bidang-bidang penulisan yang lebih umum dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat akademik dan profesional boleh dipertimbangkan
Artikel yang dihantar untuk penerbitan hendaklah berdasarkan kepada:
  Penemuan, kaedah atau aplikasi baru
  Penilaian sesuatu perkara secara kritikal
  Hasil kerja penyelidikan
Sila e-melkan sebarang sumbangan artikel jurnal ke:-
pt+pt+jurnalkejuruteraan@uthm.edu.my (Jurnal Kejuruteraan)
  pt+pt+jurnalsainstek@uthm.edu.my (Jurnal Sains & Teknologi)
  pt+pt+jurnals.sosial@uthm.edu.my (Jurnal Sains Sosial)
  pt+pt+jurnalpend.tek@uthm.edu.my (Jurnal Pendidikan Teknikal & Latihan)
 
Format
Penulis diminta menggunakan perisian MS WORDS, dengan font jenis Times New Roman bersaiz 10 untuk abstrak dan saiz 11 untuk kandungan
Manuskrip hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras pada sebelah halaman sahaja (sebelah halaman lagi mestilah dikosongkan) dalam kertas A4
Diberi bilangan berturutan dari halaman pertama hingga halaman terkahir
Setiap artikel perlulah mengikut amalan yang diterima untuk penulisan artikel saintifik dari segi stail dan penyusunannya. Pada umumnya artikel yang dihantar perlulah mengandungi 6 bahagian utama iaitu Tajuk, Abstrak, Pengenalan, Rangka Utama, Kesimpulan dan Rujukan
Penulis adalah digalakkan untuk memberikan maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon dan alamat e-mel agar boleh dihubungi oleh para pembaca
   
 
Rujukan
Rujukan hendaklah dibuat berdasarkan format American Psychological (A.P.A)
 
 
 

E-mel penerbit untuk sebarang persoalan dan pesanan buku

©2006 Hak Cipta Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel : 607-453 7454 Faks : 607-453 6145
E-mel : pt@uthm.edu.my