Pejabat Penerbit
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Penerbitan Karya Asli (maklumat lanjut)

Jenis Bahan Penerbitan yang Diterima
Karya asal/asli yang berbentuk ilmiah, terutama yang ditulis dalam bidang Sains & Teknologi dan Sains Sosial
Bahan-bahan pendidikan termasuk buku teks
Kertas kerja persidangan dan seminar
Monograf berasaskan kajian sainstifik
 
 
Penyumbang Manuskrip
Pegawai-pegawai akademik UTHM
Pegawai-pegawai akademik dari institusi lain
Para penyelidik
Orang perseorangan
 
 
Bahasa
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa-bahasa utama lain juga dipertimbangkan
 
 
Pertimbangan dan Penilaian Manuskrip
Jawatankuasa Penerbitan UTHM akan menimbangkan sama ada sesuatu manuskrip itu memenuhi dasar kepengarangan UTHM atau tidak. Jika memenuhi dasar yang telah ditetapkan, jawatankuasa akan melantik penilai sama ada dari dalam atau luar bagi membaca dan mengulas serta memberi laporan sulit tentang manuskrip tersebut. Berdasarkan laporan tersebut jawatankuasa akan menentukan sama ada manuskrip itu boleh diterbitkan atau tidak
 
 
Royalti
Berdasarkan jumlah buku yang terjual
10% untuk karya asli
5-10 % karya terjemahan
 
 
Kos Penerbitan, Percetakan dan Pemasaran
Penerbit UTHM akan menanggung segala kos perbelanjaan untuk menerbitkan buku, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Penerbitan dengan pengarang
 
 
Tempoh Masa Penerbitan
Buku : 6 bulan
Jurnal : 6 bulan/jilid
Modul Pengajaran : 3 bulan
Lain-lain : 1-3 bulan
 
 
Penghantaran Manuskrip
Manuskrip yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy beserta Borang Penyerahan Manuskrip
Manuskrip hendaklah disediakan mengikut Garis Panduan Penulisan Manuskrip yang disediakan oleh Pejabat Penerbit
 
 
 

E-mel penerbit untuk sebarang persoalan dan pesanan buku

©2006 Hak Cipta Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel : 607-453 7454 Faks : 607-453 6145
E-mel : pt@uthm.edu.my